AM > BERITA

TAKAFUL MALAYSIA RAI PEMENANG HADIAH UTAMA KEMPEN U KAOTIM U WIN

24/07/2024 02:34 PM

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pengendali takaful pertama di Malaysia, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) meraikan pemenang bertuah kempen Kaotim MediKad U Kaotim U Win, Farah Wahida Iberahim yang memenangi hadiah utama sebuah kereta Perodua Ativa.

Majlis penyerahan hadiah utama itu berlangsung di Takaful Malaysia cawangan Alor Setar yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Nor Azman Zainal serta pihak pengurusan Takaful Malaysia, semalam. 

Nor Azman berkata penganjuran kempen itu adalah satu inisiatif pemasaran bersempena dengan pelancaran pelan Kaotim MediKad di bawah jenama platform digital Kaotim yang dilancarkan November tahun lepas.

“Alhamdulillah, kami amat berbesar hati dengan sambutan memberangsangkan sepanjang kempen ini berlangsung dengan jumlah penyertaan di luar jangkaan. Sekalung tahniah kepada Puan Farah Wahida yang telah menjadi pemenang bertuah hadiah utama kempen ini.

“Saya tertarik untuk berkongsi kisah menarik di sebalik kemenangan ini kerana sangat terharu dengan keprihatinan majikannya yang melanggan pelan Kaotim MediKad untuk semua kakitangan termasuk Farah Wahida sehingga melayakkan beliau menyertai kempen ini sekali gus terpilih menjadi pemenang hadiah utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kempen Kaotim MediKad U Kaotim U Win yang berlangsung dari 26 Dis 2023 hingga 31 Mac lalu memberikan pelbagai ganjaran menarik kepada 141 pemenang bertuah termasuk wang tunai bernilai hingga RM20,000, wafer emas, barangan elektrik serta hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua Ativa.

Nor Azman berkata Kaotim MediKad ialah inisiatif Takaful Malaysia untuk membantu mengurangkan kos perubatan rakyat dengan menawarkan pelan mampu milik untuk pelbagai peringkat umur daripada serendah RM38 sebulan.

“Tahniah diucapkan kepada semua pemenang kempen Kaotim MediKad U Kaotim U Win dan terima kasih kepada para pelanggan kami kerana setia bersama Takaful Malaysia dan melanggan pelan yang ditawarkan di bawah jenama Kaotim,” katanya.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan