AM > BERITA

JALAN SOLOK AYER LIMAU-KAMPUNG JERAM DIBUKA OKTOBER INI

24/07/2024 06:28 PM

ALOR GAJAH, 24 Julai (Bernama) -- Jajaran Jalan Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram di Masjid Tanah di sini dijangka dibuka kepada pengguna jalan raya pada awal Oktober ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata projek pembinaan jalan sejauh kira-kira tiga kilometer yang menelan kos RM30 juta itu dapat menjimatkan masa selama 15 minit dari Kampung Jeram ke Alor Gajah berbanding jalan sedia ada.

"Kemajuan projek Jajaran Jalan Solok Air Limau ke Kampung Jeram berkenaan telah mencapai tahap 96 peratus, mendahului jadual yang ditetapkan sebanyak 41 hari,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek itu yang turut dihadiri Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara berkata jalan baharu itu berfungsi menyuraikan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan kenderaan ke pusat bandar sekali gus meningkatkan kualiti jaringan jalan bandaran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan