AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Muallim Meningkat Kepada 165 Orang Malam Ini

04/08/2024 09:29 PM

IPOH, 4 Ogos (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 165 orang daripada 32 keluarga malam ini, berbanding 15 orang daripada empat keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Tanjong Malim dan PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen.

Sebanyak 139 mangsa membabitkan 27 keluarga dari Kampung Ketoyong, Kampung Leonardo, Kampung Berop dan Kampung Kelawar berlindung di PPS SMK Khir Johari.

PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen pula menempatkan 26 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Sri Behrang dan Kampung Pau.

Sementara itu, paras air sungai di 19 lokasi berisiko di sekitar daerah Kinta, Larut Matang dan Selama, Kerian, Hulu Perak, Kampar, Kerian, Kuala Kangsar, Muallim, Perak Tengah serta Bagan Datuk kekal normal.

“Semua lokasi berisiko itu melibatkan bacaan paras air di Sungai Perak, Sungai Kurau, Sungai Kerian dan Sungai Bernam,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan