AM > BERITA

12 rumah teres dua tingkat terbakar di Teluk Intan

07/08/2024 06:43 PM

IPOH, 7 Ogos ( Bernama) -- Sebanyak 12 rumah jenis teres dua tingkat di Taman Muhibbah, Jalan Maharajalela, Teluk Intan terbakar dengan sebuah daripadanya musnah 80 peratus dalam kejadian petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.51 petang sebelum 36 anggota bomba dan lapan jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian pihak kami mendapati hampir enam buah rumah sudah terbakar dan kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah rumah yang berada di tengah-tengah antara sederet rumah teres tersebut.

“Kebakaran itu melibatkan sederet rumah teres lama dua tingkat sebanyak 12 buah berkeluasan 4.2 meter x 18 meter setiap satu dengan peratusan kebakaran antara tiga hingga 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarozi berkata tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal pada 6.02 petang sebelum operasi ditamatkan pada 8.24 malam. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan