AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Perak Kekal 105 Orang

11/08/2024 09:33 AM

IPOH, 11 Ogos (Bernama) -- Mangsa banjir di Perak kekal 105 mangsa daripada 36 keluarga setakat 8 pagi ini yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS). 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan PPS di daerah Hulu Perak dibuka sejak semalam berikutan bencana banjir yang menjejaskan tiga kampung iaitu Kampung Badariang, Kampung Sira Panas dan Kampung Padang.

"Sebanyak 64 orang daripada 21 keluarga berlindung di Sekolah Kebangsaan Basia Lama, manakala 41 orang daripada 15 keluarga berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan daerah Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak dijangka mengalami ribut serta hujan pada sebelah pagi dan petang ini.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air Sungai Kerian di Selama berada pada tahap bahaya dengan iaitu 12.99 meter.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan