AM > BERITA

Wilayah Persekutuan Mara Ke Final Tenis Berpasukan Campuran

18/08/2024 07:48 PM

KUCHING, 18 Ogos (Bernama) -- Skuad tenis Wilayah Persekutuan mara ke peringkat akhir acara tenis berpasukan campuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di gelanggang tenis Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di sini hari ini, Wilayah Persekutuan berjaya menundukkan tuan rumah Sarawak 3-2.

Wilayah Persekutuan memperoleh mata pertama menerusi perseorangan wanita Nao Phang Ziyi yang menewaskan Nathanielle Ann Wan Xuan Lee 6-0, 6-1.

Gandingan beregu lelaki Raidon Tan Xue Long-Hii Shieng Wee memperoleh mata pertama buat tuan rumah selepas menewaskan Aqil Adibi Rahiman-Nicholas Kong Yi Ren 6-1, 6-3 sebelum beregu wanita Eliora Hii Xin Xiang-Lydia Liong Tng En menyumbang mata kedua buat Sarawak apabila mengatasi Athilla Miasara Azizul Azhar-Lynn Lim 6-3, 6-2.

Wilayah Persekutuan kemudian bangkit daripada ketinggalan apabila pasangan beregu campuran Darrshan Suresh Kumar-Daania Daniella Hazli menewaskan Matthew Goh Ying Hui-Hui Yii Soo 6-7, 6-3, 10-3 untuk memperoleh mata kedua.

Atlet perseorangan lelaki Leroy Yong Nan Er kemudian berjaya meraih mata ketiga buat Wilayah Persekutuan apabila menewaskan Ayden Shah Deen Heshaam 6-0, 6-1.

Sementara itu, pada satu lagi aksi separuh akhir, Perak berjaya menempah tiket perlawanan akhir apabila menewaskan Selangor 3-2.

Tenis menawarkan enam pingat emas pada temasya kali ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan