BERITA TERGEMPAR   Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | 
 AM > BERITA

Corat Coret SUKMA 2024 Di Sarawak

16/08/2024 12:33 PM

KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Berikut corat-coret Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang membuka tirai secara rasmi esok.

 

DEMI KUCING... 

Tugu Kucing menjadi tumpuan orang ramai khususnya yang kali pertama berkunjung ke bandar raya ini untuk merakam gambar kenangan bersama patung kucing. 

 Lokasi tumpuan antaranya di lampu isyarat Jalan Tunku Abdul Rahman dengan adakalanya orang ramai terpaksa beratur untuk menunggu giliran demi sekeping gambar bersama patung tujuh ekor kucing.

 

JANGAN HILANGKAN DOKUMEN GANTIAN PERJALANAN SARAWAK

Dokumen Gantian Perjalanan akan diberikan kepada penduduk Semenanjung dan Sabah yang datang ke Sarawak sebaik tiba di negeri ini.

Sekali imbas, slip kecil berwarna putih itu seakan-akan resit pembelian barangan, namun pastikan ia disimpan sebaiknya kerana perlu diserahkan semula semasa pemeriksaan imigresen sebelum meninggalkan negeri ini.

Jika slip berkenaan hilang, pastikan buat laporan polis. 

 

AWAS, JANGAN RM250 MELAYANG

Sesiapa yang berada di semua venue sukan SUKMA, pastikan anda tidak merokok kerana gerak-geri anda diperhatikan penguat kuasa Jabatan Kesihatan.

Sekiranya anda 'kantoi' merokok di kawasan dan pekarangan venue SUKMA, notis kompaun RM250 akan dikenakan. 

Kementerian Kesihatan sememangnya menguatkuasakan larangan merokok di beberapa tempat awam seperti premis kerajaan, hospital dan tempat makan atau restoran. 

 

KEK MITA

Jika dulu, bila datang ke Sarawak pastinya terlintas di fikiran untuk mencari kek lapis dan ikan terubuk masin yang cukup sinonim dengan negeri Bumi Kenyalang.

Namun selepas tular menerusi media sosial, kek mita iaitu sejenis kek mentega kini turut menjadi tumpuan.

Terdapat dalam kalangan pegawai dan petugas yang membuat liputan SUKMA walaupun baru tiba dan masih perlu berkampung lama di sini, sudah mula membuat tempahan kerana tidak mahu terlepas buah tangan istimewa itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan