AM > BERITA

Kempen "IOI Grand 305 Giveaway" Tawar Pelbagai Insentif Menarik

19/08/2024 11:06 AM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- IOI Properties Group Berhad (IOIPG), bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, melancarkan kempen “IOI Grand 305 Giveaway” yang diadakan selama tiga bulan bermula hari ini dengan menawarkan pelbagai ganjaran dan insentif menarik.

IOIPG dalam kenyataan memaklumkan kempen itu tertumpu kepada tema “3-0-5” berdasarkan perkataan giveaway (hadiah percuma) atau giving out presents (memberikan hadiah) dalam bahasa Mandarin.

“Dengan pakej berbeza-beza mengikut projek, ia merangkumi insentif seperti bonus sekali bayar sebanyak RM3,000, faedah pembinaan tiga peratus, entri tanpa bayaran dengan memorandum pemindahan (MOT) percuma, yuran penyelenggaraan percuma selama lima tahun, subsidi ansuran lima peratus, bonus kelengkapan RM50,500, subsidi ubah suai dan banyak lagi.

“Bagi yang mementingkan alam sekitar, kempen promosi ini turut meliputi subsidi panel solar hingga RM5,000 bagi projek terpilih seperti Aster, 16 Sierra. Inisiatif ini direka untuk memupuk komuniti dan gaya hidup lebih hijau, selaras dengan komitmen IOIPG terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan IOIPG Teh Chin Guan berkata kempen berkenaan menawarkan pelbagai produk menerusi perbandarannya daripada rumah teres, rumah bandar moden dan pangsapuri gaya hidup kepada rumah pelbagai generasi yang terletak dalam jarak berjalan kaki ke stesen kereta api awam.

“Tawaran ini sesuai untuk pencari hartanah daripada pasangan muda, golongan profesional kepada keluarga yang lebih besar, pelabur dan sebagainya.

“Kami akan mengadakan beberapa acara dan aktiviti di seluruh perbandaran dan pembangunan kami bersempena dengan kempen itu, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk melawat IOI Galleria kami dan menjadi antara yang bertuah menikmati tawaran masa terhad yang menarik ini,” katanya dalam kenyataan sama.

Teh berkata kempen yang turut menyokong agenda perumahan negara itu direka untuk menangani kos perpindahan menerusi insentif komprehensif termasuk pakej kelengkapan dan subsidi ubah suai serta pengecualian duti setem MOT.

“Melalui kaedah ini, kami mengeluarkan halangan dalam proses pemilikan hartanah, memudahkan pencari kediaman memiliki rumah impian mereka, sambil berterima kasih kepada pembeli dan masyarakat atas sokongan selama ini,” katanya.

Kempen IOI Grand 305 Giveaway terpakai kepada perbandaran kediaman dan pembangunan IOIPG yang mengambil bahagian di Lembah Klang termasuk IOI Resort City di Putrajaya, manakala di Selangor melibatkan 16 Sierra di Puchong Selatan, Warisan Puteri di Sepang dan Bandar Puteri Bangi.

Di Johor, pencari kediaman boleh memanfaatkan pelancaran menarik di Bandar Putra Kulai, Taman Kempas Utama dan Johor Bahru.

Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang kempen dan projek yang mengambil bahagian, layari http://www.ioiproperties.com.my/305deals.

-- BERNAMA

Penafian: Ini ialah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel berkenaan.

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan