AM > BERITA

Ucapan Muhyiddin Yassin Yang Sentuh 3R, Serahkan Kepada Pihak Berkuasa - Mohamed Khaled

19/08/2024 02:26 PM

KUALA LUMPUR 19 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya memandang serius kemurkaan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini  terhadap tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan sengaja menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) dalam ucapannya ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan bagaimanapun berkata perkara itu diserahkan kepada berkuasa untuk menyiasatnya.

 “Saya pasti dengan titah (Tengku Mahkota Pahang) sedemikian, pihak yang bertanggungjawab akan  mengambil serius untuk melihat apa yang wajar dilakukan,” katanya selepas hadir Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat kementerian 2024 di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini hari.

Pagi ini Bernama melaporkan Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Muhyiddin yang didakwa secara sengaja menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen pada PRK berkenaan.

Tengku Hassanal turut menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan dengan tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu yang mempertikai tugas dan peranan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan