AM > BERITA

Harga Diesel Di Semenanjung Diturunkan Kepada RM3.23 Seliter, Petrol Kekal

21/08/2024 07:06 PM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan dua sen kepada RM3.23 seliter bagi tempoh 22 hingga 28 Ogos ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Dalam pada itu, harga runcit petrol RON97 dan RON95, masing-masing kekal pada paras RM3.47 dan RM2.05 seliter.

Kenyataan itu menyebut kadar berkenaan ditetapkan berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan