AM > BERITA

UPNM Anjur ICHiSS, Bincang Kajian Akademik Sains Sosial

22/08/2024 07:42 PM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kolaborasi universiti Thailand menganjurkan persidangan antarabangsa bagi membincangkan dan membahaskan penemuan kajian dari pelbagai sudut akademik dalam sains sosial.

UPNM memaklumkan penganjuran 16th International Conference On Humanities And Social Science 2024 (ICHiSS) di Putrajaya selama dua hari bermula semalam, dilaksanakan dengan kolaborasi The Faculty of Liberal Arts, Prince of Songkla University. 

"Tema yang diangkat kali ini ialah 'Digital Transformation in Humanities and Social Sciences' yang berkisar cabaran global pada abad ke-21 dalam kalangan komuniti antarabangsa.

"Dunia hari ini memerlukan penyelesaian bersifat kreatif dan inovatif bagi kesinambungan kehidupan insan yang menghadapai kekangan sumber asas di samping konflik kemanusiaan yang berpanjangan," menurut UPNM menerusi kenyataan hari ini. 

Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad merasmikan ICHiSS 2024. 

 Persidangan itu melibatkan empat topik syarahan utama iaitu 'Reshaping Realities: Navigating the Digital Frontier in Humanities and Social Sciences' oleh Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf Datuk Muhammad Nasir Hamzah. 

Turut terlibat ialah Pakar Teknikal dari Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Mohd Esa Baruji yang menyampaikan syarahan 'Empowering the Impact of Digital Transformation on Workplace Occupational Safety and Health Sustainability in Humanities and Social Science Disciplines'. 

Pensyarah Pendidikan Bahasa Inggeris Universiti Malardalen, Sweden, Prof Dr Oclay Sert menyampaikan syarahan 'Digital Transformation in Language Teacher Education and Teacher Development'. 

Ketua Setiausaha, Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia (Higher Committee of Human Fraternity), Kementerian Luar Negeri Emiriah Arab Bersatu (UAE) Datuk Dr Khalid Ghanim Al Ghaith pula menyampaikan syarahan 'Embracing the Digital Renaissance: Transforming Humanities and Social Sciences in the Digital Age'. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan