AM > BERITA

Lebih 700 Individu Bakal Terima Pengurniaan Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan

28/09/2024 02:24 PM

KOTA BHARU, 28 Sept (Bernama) -- Seramai 763 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar sempena sambutan perayaan ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-55, esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad berkata tiga individu juga bakal dilantik sebagai Jaksa Pendamai pada istiadat berkenaan.

Beliau berkata istiadat akan bermula pada 8 pagi dengan lebih 100 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran pada sesi pertama, manakala sesi seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar di sini hari ini.

Turut hadir Pengelola Istana D'Raja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan dan Ketua Istiadat Kelantan Mej Jen (B) Datuk Mamat Ariffin Abdullah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan