KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Filem kolaborasi Indonesia-Malaysia, The Fox King, terpilih untuk tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) ke-50.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menerusi hantaran Facebook hari ini berkata pemilihan filem itu ke satu daripada festival filem terbesar dunia itu membuktikan potensi karya kolaborasi serantau untuk menembusi pasaran antarabangsa.
"Saya berasa amat bangga dengan pencapaian filem ini yang berjaya menembusi satu daripada festival filem terbesar di dunia TIFF ke-50, yang pastinya dapat membantu menaikkan mutu serta nilai filem kolaborasi dua negara berjiran ini di pentas dunia.
"Semoga dengan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai penerbit, pengarah dan produksi-produksi filem tempatan untuk menghasilkan karya-karya kolaborasi yang bermutu seperti filem The Fox King ini," katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada kepada seluruh tenaga produksi filem kolobrasi itu.
Teo berkata filem arahan sutradara Malaysia, Woo Ming Jin dan dibintangi aktres terkemuka Indonesia, Dian Sastrowardoyo itu turut menerima sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Dana Filem Cereka 2023 bernilai RM1 juta serta Dana Penyertaan dan Promosi Antarabangsa 2025 berjumlah RM50,000.
The Fox King mengisahkan tentang persaudaraan, kehilangan dan pencarian kasih sayang, dengan sentuhan sinematik Asia Tenggara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial