DUNIA > BERITA

JANGKA HAYAT WARGA SINGAPURA CAPAI 83 TAHUN PADA 2023

06/06/2024 05:30 PM

SINGAPURA, 6 Jun (Bernama-Xinhua) – Jangka hayat kelahiran bagi penduduk Singapura adalah 83 tahun pada tahun lepas, meningkat 0.6 tahun dari 2013, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik pada Khamis, lapor Xinhua.

Jangka hayat kelahiran lelaki dan wanita di republik itu masing-masing adalah 80.7 tahun dan 85.2 tahun pada 2023.

Data menunjukkan bahawa jangka hayat bagi warga Singapura yang berusia 65 tahun meningkat daripada 20.4 tahun pada 2013 kepada 20.7 tahun pada 2023.

Sementara itu, jabatan itu menyatakan bahawa jangka hayat dari tahun 2020 hingga 2023 terjejas oleh kadar kematian yang lebih tinggi akibat pandemik COVID-19.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan