DUNIA > BERITA

CHINA KOMITED BERKONGSI DIVIDEN DAN PELUANG PEMBANGUNAN DENGAN DUNIA

14/06/2024 02:34 PM

BEIJING, 14 Jun (Bernama-CMG) -- China komited berkongsi dividen dan peluang yang wujud dalam pembangunan domestiknya yang berkualiti tinggi dan berganding bahu dengan pelbagai pihak mendorong proses pemodenan secara berterusan dalam senario global.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang akhbar pada Khamis sebagai respons terhadap peningkatan unjuran Bank Dunia tentang kadar pertumbuhan ekonomi China bagi tahun 2024 daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus.  

Lin berkata selain daripada laporan Prospek Ekonomi Global dari Bank Dunia, China juga mendapat maklum baru-baru ini bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sudah menyemak semula unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi negara ini bagi sepanjang 2024 dengan meningkatkan 0.4 mata peratus berbanding yang dibuat pada April.

“Banyak institusi antarabangsa menaikkan ramalan tentang pertumbuhan ekonomi China untuk tahun ini memperlihatkan keyakinan penuh daripada masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi China,” kata jurucakap itu.

Laporan Prospek Ekonomi Global edisi Bank Dunia itu juga menyatakan bahawa pencapaian China dalam bidang ekonomi termasuk eksport lebih baik daripada jangkaan.

Sementara itu, statistik dari Jabatan Pentadbiran Am Kastam China menunjukkan import-eksport barangan China dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini naik 6.3 peratus tahun ke tahun.

Sebagai negara pengeluar dan pengguna utama di dunia, China bukan sahaja menyediakan produk yang berbaloi kepada negara lain, tetapi juga mewujudkan pasaran domestik yang besar untuk jualan produk asing.

“Terdapat analisis IMF yang menunjukkan bahawa peningkatan satu mata peratusan dalam pertumbuhan KDNK China secara puratanya menyumbang kepada peningkatan 0.3 mata peratusan dalam pertumbuhan entiti ekonomi lain.

"Di sebalik situasi antarabangsa yang rumit dan penuh dengan pergolakan, ekonomi China yang akomudatif tetap berperanan sebagai perintis yang kental dengan perjuangan,” kata Lin.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan