DUNIA > BERITA

PERBICARAAN KORESPONDEN WSJ DITAHAN DI RUSIA ATAS TUDUHAN MENGINTIP BERMULA 26 JUN

17/06/2024 06:11 PM

MOSCOW, 17 Jun (Bernama-Anadolu) -- Perbicaraan seorang wartawan Wall Street Journal (WSJ) yang ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip akan bermula pada 26 Jun di Bandar Yekaterinburg, kata Mahkamah Wilayah Sverdlovsk pada Isnin.

Pendengaran kes jenayah terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS)  Evan Gershkovich akan diadakan secara tertutup,  lapor Agensi Anadolu.

“Mahkamah Wilayah Sverdlovsk telah menerima kes jenayah terhadap warganegara Amerika Syarikat Evan Gershkovich. ... proses itu akan dijalankan secara tertutup. Pendengaran pertama kes itu dijadualkan pada 26 Jun. Hakim Andrey Mineev akan mengendalikan kes ini,” kata kenyataan akhbar itu.

Gershkovich telah ditahan di Rusia pada Mac 2023 atas tuduhan pengintipan.

Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan menuduhnya mengumpul rahsia negara tentang kompleks ketenteraan-industri.

Gershkovich dan WSJ menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa dia hanya menjalankan tugasnya sebagai wartawan.

-- BERNAMA-ANADOLU


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan