DUNIA > BERITA

PASARAN BORONG YIWU MAKMUR DIDORONG SUKAN OLIMPIK PARIS

27/06/2024 02:32 PM

YIWU, 27 Jun (Bernama-CMG) -- Pasaran Perdagangan Antarabangsa Yiwu di wilayah Zhejiang, timur China sibuk menguruskan tempahan pelanggan dalam kuantiti besar menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang bermula Julai ini.

Ramai pembeli asing mengunjungi pasaran borong terbesar dunia itu untuk menempah dan membeli pakaian sukan, alat pelindung sukan, alatan sorak dan sebagainya.

Menurut statistik Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Paris, sebanyak 80 peratus maskot temasya sukan kali ini adalah buatan China dan kebanyakannya dihasilkan di Yiwu.

Selain itu, produk seperti bendera dan loket juga diimport dari Yiwu menuju ke Paris.

Barang buatan Yiwu mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli asing kerana produk berkenaan memaparkan elemen inovatif dari segi reka bentuk, bahan mentah dan proses pembuatan.

Pihak Kastam di Yiwu berkata dari Januari hingga Mei tahun ini, eksport barangan sukan dan peralatan berkenaan mencatat peningkatan sebanyak 44.4 peratus kepada 4.1 bilion yuan (RM2.66 bilion).

Pada masa ini, seramai lebih 15,000 orang peniaga asing dari 100 negara dan wilayah ditempatkan bertugas di Yiwu untuk mengendalikan urusan dagangan.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan