DUNIA > BERITA

MCDONALD'S TUTUP 30 PERATUS CAWANGAN DI JEPUN KERANA MASALAH MESIN DAFTAR TUNAI

19/07/2024 06:33 PM

TOKYO, 19 Julai (Bernama-Kyodo) -- Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai, kata unit pengendali rangkaian makanan segera Jepun itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.

McDonald's Co (Japan) berkata ia sedang menyiasat punca masalah berkenaan dan tidak jelas bila perkhidmatan dapat disambung semula.

Penutupan itu berlaku ketika beberapa premis McDonald's menggantung pesanan mudah alih melalui aplikasi rasmi rangkaian makanan segera itu di tengah-tengah kemungkinan isu sistem.

Gangguan terbaru itu berikutan gangguan perkhidmatan berskala besar yang menjejaskan cawangan McDonald's di Jepun dan negara lain pada Mac.

Pelanggan tidak dapat menyelesaikan transaksi tanpa tunai atau membuat pesanan mudah alih.

-- BERNAMA-KYODO

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan