DUNIA > BERITA

11 MAUT, LEBIH 30 HILANG SELEPAS JAMBATAN DI CHINA RUNTUH AKIBAT HUJAN LEBAT

20/07/2024 04:35 PM

XI'AN, 20 Julai (Bernama-Xinhua) -- Sebuah jambatan lebuh raya runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di wilayah Shaanxi, barat laut China, telah mengorbankan 11 orang dan menyebabkan lebih 30 hilang, kata pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Jambatan itu yang terletak di Daerah Zhashui, Bandar Shangluo, sebahagiannya runtuh sekitar 8.40 malam pada Jumaat akibat hujan lebat dan banjir kilat, menurut biro publisiti daerah itu.

Runtuhan itu menyebabkan beberapa kenderaan terjunam ke dalam Sungai Jinqian di bawah jambatan berkenaan. Jumlah kenderaan yang terlibat masih sedang ditentukan, kata biro tersebut.

Operasi menyelamat sedang dijalankan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan