DUNIA > BERITA

BOLIVIA SERU DUNIA AMBIL TINDAKAN HENTIKAN JENAYAH ISRAEL DI GAZA

20/07/2024 04:37 PM

MOSCOW, 20 Julai (Bernama-Sputnik) -- Bolivia mengalu-alukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), badan kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai aktiviti penempatan Israel di Palestin dan menyeru masyarakat antarabangsa mengambil langkah untuk menghentikan jenayah yang dilakukan di Semenanjung Gaza, kata Kementerian Luar Bolivia, lapor Sputnik.

"Kami menyeru sistem PBB dan negara anggota untuk mengambil langkah sewajarnya untuk menghentikan jenayah yang dilakukan di Semenanjung Gaza dan menjamin hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri," kata kementerian itu dalam kenyataan pada Jumaat, sambil menambah bahawa "Bolivia mengalu-alukan keputusan mahkamah".

Pada Jumaat, mahkamah PBB mengeluarkan pendapat nasihat mengenai akibat undang-undang pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin. ICJ berkata aktiviti penempatan Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan merupakan aneksasi. Mahkamah menggesa Israel menghentikan aktiviti penempatan baharunya dan kehadiran haramnya di wilayah Palestin serta membayar pampasan atas kerosakan yang disebabkan oleh pendudukan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan