DUNIA > BERITA

LEBIH 8.8 JUTA TIKET TERJUAL UNTUK OLIMPIK PARIS

21/07/2024 03:19 PM

MOSCOW, 21 Julai (Bernama-Sputnik) -- Lebih daripada 8.8 juta tiket telah dijual untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris, kata Pengarah Sukan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Kit McConnell, lapor Sputnik.

"Lebih daripada 8.8 juta tiket terjual, yang merupakan jumlah yang luar biasa untuk temasya ini, paling banyak pernah terjual untuk acara sukan di Perancis," kata McConnell kepada pemberita pada Sabtu.

McConnell juga berkata kira-kira 30,000 kakitangan daripada pelbagai perkhidmatan terlibat dalam memastikan keselamatan semasa acara itu berlangsung.

Rekod sebelumnya sebanyak 8.3 juta tiket terjual dicatatkan semasa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan diadakan dari 26 Julai hingga 11 Ogos, manakala Paralimpik akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan