DUNIA > BERITA

ASEAN PENTING UNTUK KEAMANAN DAN KESTABILAN SERANTAU, KATA MENTERI LUAR NEW ZEALAND

23/07/2024 04:52 PM

WELLINGTON, 23 Julai (Bernama-Xinhua) -- ASEAN memainkan peranan penting dalam menyokong keamanan dan kestabilan di rantau ini, kata Menteri Luar New Zealand Winston Peters pada Selasa.

Peters akan berkunjung ke Laos minggu ini untuk menghadiri siri mesyuarat menteri yang dianjurkan oleh ASEAN di ibu kota Vientiane, bersempena 50 tahun New Zealand menjadi rakan dialog ASEAN pada tahun hadapan.

Rantau ini adalah pusat kepada kemakmuran dan keselamatan New Zealand, kata Peters, yang sedang dalam lawatan ketiganya ke Asia Tenggara dan lawatan keenam ke negara anggota ASEAN sejak awal tahun ini.

Peters juga akan menyertai mesyuarat menteri luar tahunan Sidang Kemuncak Asia Timur dan Forum Serantau ASEAN, menurut satu kenyataan kerajaan.

Mesyuarat ini membantu memajukan kerjasama praktikal dalam bidang seperti keselamatan maritim, memerangi keganasan, jenayah transnasional dan keselamatan siber, katanya.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan