DUNIA > BERITA

CMG Tingkatkan Kerjasama Dengan LALIGA

30/07/2024 03:33 PM

MADRID, 30 Julai (Bernama-CMG) -- Kumpulan Media China (CMG) dan Persekutuan Bola Sepak Profesional Sepanyol (LALIGA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk mempromosikan pertukaran dalam sektor-sektor berkaitan, bersama-sama menganjurkan pertandingan sukan dan membantu pembangunan bola sepak belia.

Presiden CMG Shen Haixiong dan Presiden LALIGA Javier Tebas mewakili kedua-dua pihak menandatangani dokumen berkenaan dalam majlis yang berlangsung di sini pada Isnin.

Shen berkata CMG menugaskan lebih 2,000 kakitangan untuk membuat liputan Sukan Olimpik Paris selain buat julung-julung kalinya menghantar kenderaan penyiaran definisi ultra tinggi (UHD) untuk membuat isyarat penyiaran 8K tentang pertandingan olahraga dan upacara penutup temasya sukan berkenaan. Ia sekali gus membantu meningkatkan taraf penghasilan dan kemampuan penyiaran pertandingan sukan di peringkat global.

"CMG dan LALIGA telah mencapai konsensus mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penyiaran pertandingan LALIGA supaya membolehkan penonton di China dapat menyaksikan pertandingan LALIGA dan lebih banyak mengenai bola sepak melalui platform CMG," kata beliau.

Shen berharap CMG dan LALIGA dapat meluaskan ruang kerjasama, menyuntik momentum baharu kepada pertukaran antara kedua-dua negara, dan bersama-sama menulis bab pembangunan baharu bagi pembangunan sukan dan pertukaran tamadun di arena antarabangsa.

Tebas pula berharap kedua-dua pihak dapat terus memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, dan secara proaktif menerokai saluran kerjasama baharu agar menyumbang tenaga kepada pembangunan bola sepak di peringkat global.

-- BERNAMA-CMG


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan