DUNIA > BERITA

Olimpik Paris: Wang-Long Dari China Menang Emas 3m Papan Anjal Seirama

03/08/2024 12:24 AM

PARIS, 2 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Penerjun China, Wang Zongyuan dan Long Daoyi mengatasi cabaran hebat daripada penerjun Mexico, Juan Celaya Hernandez dan Osmar Olvera Ibarra untuk muncul juara  3 meter papan anjal seirama lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 pada Jumaat.

Walaupun melakukan dua terjunan di bawah prestasi, Wang dan Long berjaya menyempurnakan terjunan terakhir dan paling sukar mereka untuk meraih emas keempat bagi China dalam acara terjun di Paris dengan markah 446.1 mata, lapor Xinhua.

Hernandez dan Ibarra hanya ketinggalan 2.07 mata, menamatkan pertandingan di tempat kedua.

Jack Laugher dan Anthony Harding dari Britain yang menduduki tempat kedua pada Kejohanan Dunia 2022 dan 2023, memenangi pingat gangsa dengan skor 438.15.

Wang, 22, memenangi gelaran juara Olimpik dalam acara ini di Tokyo tiga tahun lepas bersama Xie Siyi, yang hanya akan bertanding dalam acara individu kali ini sebagai juara bertahan.

--BERNAMA-XINHUA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan