DUNIA > BERITA

Individu Kedua Berjaya Jalani Prosedur Implan Otak Neuralink - Musk

05/08/2024 04:06 PM

MOSCOW, 5 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Individu kedua telah berjaya menerima implan daripada Neuralink dan prosedur itu berjaya, umum bilionair Amerika Syarikat (AS) Elon Musk.

"Saya fikir ia akan menjadi lebih baik dengan setiap implan. Saya tidak mahu merosakkannya, tetapi nampaknya implan kedua berjalan dengan sangat baik. 

"Jadi, terdapat banyak isyarat, banyak elektrod. Ia berfungsi dengan sangat baik," kata Musk semasa audio siar selama lapan setengah jam dengan penulis blog YouTube dan saintis komputer Lex Fridman.

Menurut Musk, 400 elektrod berfungsi di dalam otak pesakit itu.

Terdahulu, individu pertama yang menerima implan Neuralink, Noland Arbaugh memberitahu Sputnik bahawa walaupun beberapa elektrod sebelum ini berpindah daripada otak (kini "ia berfungsi dengan ketepatan lebih kurang 15 peratus"), keberkesanan peranti dalam otaknya hanya semakin meningkat. 

Menurut Arbaugh, jika peserta seterusnya dalam eksperimen itu dapat mengaktifkan 100 peratus atau 90 peratus daripada benang elektrod, mereka akan dapat melakukan perkara yang tidak dapat dilakukannya sekarang, dan ini memberikan harapan besar untuk masa depan.

Musk menyatakan bahawa syarikat itu berharap untuk mempunyai 10 pesakit dengan implan Neuralink menjelang akhir tahun ini.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan