DUNIA > BERITA

Sultan Brunei Puji Daya Tahan Luar Biasa ASEAN

09/08/2024 10:30 AM

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memuji pencapaian kolektif Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam perutusan baginda sempena Hari ASEAN pada Khamis, lapor Xinhua.

"Sepanjang lima dekad yang lalu, ASEAN mempamerkan daya tahan luar biasa, berjaya menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran sambil terus komited terhadap kemajuan serantau.

"Pada masa yang sama, negara-negara anggota ASEAN telah bekerjasama antara satu sama lain dan dengan negara lain bagi memajukan pembangunan di seluruh rantau ini.

"Brunei bersedia untuk bekerjasama dengan negara anggota lain untuk memastikan kita dapat bersama-sama membina ASEAN yang tahan lasak, inovatif, dinamik dan berpusatkan rakyat (people-centred)," titah baginda.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan