DUNIA > BERITA

China Seru Solidariti Dan Sinergi Global Basmi Keganasan Dari Akar

09/08/2024 03:42 PM

GENEVA, 9 Ogos  (Bernama-CMG) -- China menyeru supaya semua negara di seluruh dunia memperkasakan kolaborasi di peringkat nasional, serantau dan global, sekali gus berganding bahu menghadapi situasi antikeganasan yang kompleks dan genting.

Seruan itu dibuat menerusi Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika menyampaikan ucapan dalam sesi mesyuarat anjuran Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai ancaman ditimbulkan kumpulan militan Daesh terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa di sini pada Khamis.

Geng menekankan pelbagai negara harus bertindak menjana impak sosial dalam senario global dan membentuk sinergi secara maksimum.

"Antikeganasan tidak boleh dipergunakan sebagai alat dalam pertarungan antara kuasa besar dan taruhan dalam geopolitik, apatah lagi tidak boleh dijadikan alasan untuk mencampuri urusan dalaman negara lain."

"Semua negara harus berpegang kepada konsep keselamatan bersama, menolak sifat prejudis dari segi ideologi, amalan dwistandard dan antikeganasan secara selektif, supaya setiap negara boleh mendapat jaminan keselamatan yang patut dihormati," tegas Geng.

Beliau menunjukkan bahawa keganasan adalah mustahil dihapuskan secara sepenuhnya dengan hanya bergantung kepada tindakan ketenteraan merupakan satu fakta yang sudah terbukti berkali-kali.

"Hanya dengan menangani isu keganasan dari pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik, sosiobudaya dan agama, barulah kita dapat membasminya secara tuntas dan mencapai kemenangan muktamad dalam perjuangan antikeganasan," kata naib wakil tetap itu.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan