DUNIA > BERITA

Gempa Bumi Kuat Landa Semenanjung Kamchatka, Rusia

18/08/2024 11:27 AM

MOSCOW, 18 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda pantai Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada Sabtu, lapor Sputnik memetik Akademi Sains Rusia (RAS).

“Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 6 kilometer (km) dengan magnitud 7.0. Pusat gempa terletak 108 kilometer dari bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy,” menurut akademi berkenaan.

RAS berkata satu lagi gempa bumi dengan magnitud 4.7 berlaku 116 km dari Petropavlovsk-Kamchatskiy tidak lama kemudian.

Kementerian Situasi Kecemasan Rusia (EMERCOM) berkata gempa pertama dirasai di seluruh daerah bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy.

Menurut EMERCOM, pasukan penyelamat kini sedang memeriksa bangunan dan tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi itu.

Gabenor Wilayah Kamchatka Vladimir Solodov berkata tiada gegaran susulan besar dijangka berlaku.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan