DUNIA > BERITA

China, Fiji Sepakat Lonjakkan Hubungan Dua Hala

19/08/2024 02:06 PM

BEIJING, 19 Ogos (Bernama-CMG) -- China bersedia bekerjasama dengan Fiji untuk melonjakkan kerjasama pragmatik kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi, kata Perdana Menteri China Li Qiang pada Ahad.

Li ketika menerima kunjungan rakan sejawatnya Sitiveni Rabuka di sini berkata China dan Fiji harus menggunakan kelebihan masing-masing untuk saling melengkapi, memperkasakan kerjasama dalam pembinaan prasarana, pertanian, perikanan, industri ringan, pendidikan, pelancongan dan pembasmian kemiskinan dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) demi mewujudkan pembangunan bersama.

Menurut Li, China bersedia mengimport lebih banyak produk bermutu tinggi dari Fiji, dan menyokong syarikat China melabur di Fiji.

Beliau menekankan bahawa China menyokong wawasan "Lautan Damai" yang digagaskan Fiji, menyokong negara-negara kepulauan Pasifik melaksanakan “Strategi 2050 Benua Pasifik Biru”, serta bersedia meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan negara-negara kepulauan termasuk Fiji.

Li berkata ini untuk mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif  Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI), selain mempromosikan bersama dunia multipolar yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi inklusif yang memanfaatkan semua pihak.

Sementara itu, Rabuka berkata Fiji menganggap China sebagai rakan yang boleh dipercayai.

Rabuka berkata Fiji mempertahankan prinsip satu China, menyokong pembinaan BRI dan pelaksanaan pelbagai inisiatif penting seperti GSI serta bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, prasarana, pertanian, perikanan, pelancongan dan kesalinghubungan agar membina masa depan hubungan dua hala yang lebih cerah.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan