DUNIA > BERITA

207 Petugas UNRWA Terkorban Di Gaza Sejak Serangan 7 Okt

19/08/2024 08:39 PM

ISTANBUL, 19 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) berkata pada Isnin bahawa 207 anggota pasukannya telah terbunuh di Semenanjung Gaza sejak tercetusnya serangan Israel pada 7 Oktober.

"Seramai 207 ahli pasukan UNRWA telah terbunuh di Gaza sejak serangan bermula – termasuk semasa menjalankan tugas," lapor Agensi Anadolu (AA) menurut kenyataan agensi itu di X.

Agensi itu berkata mangsa terdiri daripada kumpulan profesional yang pelbagai. "Mereka adalah jurutera, guru, kakitangan perubatan. Mereka adalah pekerja kemanusiaan."

Sebagai penghormatan kepada individu-individu ini, UNRWA mengetengahkan pengorbanan mereka pada Hari Kemanusiaan Sedunia.

"Pada Hari Kemanusiaan Sedunia dan setiap hari, kami mengenang dan memberikan penghormatan kepada mereka semua," katanya. 

Serangan Israel sejak 7 Oktober telah mengorbankan hampir 40,100 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 92,600 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan