DUNIA > BERITA

Myanmar Serah 307 Suspek Penipuan Telekomunikasi Kepada China

22/08/2024 12:39 PM

BEIJING, 22 Ogos (Bernama-CMG) -- Seramai 307 suspek warga China yang terlibat dalam penipuan telekomunikasi dan Internet rentas sempadan telah diserahkan kepada China.

Dalam operasi bersama jabatan keselamatan awam wilayah Yunnan,  China dengan agensi penguatkuasaan undang-undang Myanmar di kawasan sempadan mutakhir ini, seramai 307 suspek warga China ditahan, termasuk 20 individu yang sedang diburu.

Kementerian Keselamatan Awam China sejak tahun lepas  memperkasakan kerjasama penguatkuasaan undang-undang dengan pihak berkuasa Myanmar.

Setakat ini, lebih 50,000 suspek warga China yang terlibat dalam penipuan Internet dan telekomunikasi telah diserahkan kepada China.

Menurut pegawai kementerian itu, pihaknya akan terus meningkatkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang di peringkat antarabangsa dan di kawasan sempadan, memperhebat operasi berkaitan, menjalankan operasi khas serta membanteras jenayah penipuan Internet dan telekomunikasi di bahagian utara Myanmar demi melindungi keselamatan harta dan kepentingan rakyat.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan