DUNIA > BERITA

Abbas Araqchi Dilantik Sebagai Menteri Luar Baharu Iran

22/08/2024 12:37 PM

TEHRAN, 22 Ogos (Bernama-IRNA) -- Parlimen Iran meluluskan pelantikan Seyyed Abbas Araghchi sebagai Menteri Luar baharu negara itu, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Araghchi memperoleh 247 daripada 288 undi semasa sesi undi percaya Kabinet yang dicadangkan oleh Presiden Masoud Pezeshkian pada Rabu.

Beliau dijangka melaksanakan janji-janji Presiden Pezeshkian untuk memulihkan semula perjanjian nuklear dan memperbaiki hubungan Iran dengan negara Barat.

Araghchi sebelum ini merupakan setiausaha Majlis Strategik Hubungan Luar Iran sejak 2021.

Beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di Kementerian Luar Iran, termasuk timbalan bagi hal ehwal politik dari 2017 hingga 2021 di bawah bekas Menteri Luar Mohammad Javad Zarif.

Diplomat berpengalaman itu merupakan ahli pasukan perunding Iran yang menyelesaikan perjanjian nuklear negara itu dengan kuasa dunia pada 2015.

-- BERNAMA-IRNA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan