DUNIA > BERITA

Pegawai Malaysia-Singapura Bertemu Di Johor Bagi Berbincang JS-SEZ

30/08/2024 07:16 PM

SINGAPURA, 30 Ogos (Bernama) -- Pegawai-pegawai dari Singapura dan Malaysia mengadakan pertemuan di Johor dari 28 hingga 30 Ogos untuk perbincangan selanjutnya berhubung Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura berkata pertemuan tersebut membincangkan pelbagai isu termasuk sektor-sektor ekonomi, pergerakan orang dan barangan, kemudahan menjalankan perniagaan dan pembangunan bakat bagi memperkukuhkan ekosistem perniagaan di rantau ini serta meningkatkan aliran rentas sempadan untuk barangan dan manusia.

Kenyataan itu menyebut kedua-dua pihak juga akan berusaha untuk ke arah Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada akhir tahun ini.

“Kedua-dua Singapura dan Malaysia melihat JS-SEZ sebagai inisiatif menang-menang yang memberi manfaat kepada perniagaan dan komuniti dari kedua-dua negara.

"Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk membawa manfaat bersama kepada negara dan rakyat kita melalui perjanjian penuh mengenai JS-SEZ," katanya.

Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kedua-dua pihak sedang memperhalusi butiran untuk perjanjian akhir mengenai zon ekonomi khas tersebut, dengan harapan untuk menandatanganinya pada November.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan