DUNIA > BERITA

Korea Utara Lancar 190 Lagi Belon Sampah Ke Korea Selatan

07/09/2024 01:10 PM

SEOUL, 7 Sept (Bernama-Yonhap) -- Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya ditemui di Seoul dan kawasan sekitar, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pegawai tentera pada Sabtu.

Korea Utara mengapungkan belon-belon itu dari malam Jumaat hingga awal pagi Sabtu, dan kira-kira 100 ditemui di ibu negara dan sekitar Wilayah Gyeonggi setakat ini, kata Ketua Turus Bersama.

Tiada bahan berbahaya ditemui dalam belon itu, yang hanya mengandungi kertas buangan, cebisan plastik dan botol.

Korea Utara menyambung semula kempen belonnya sejak Rabu, berlanjutan untuk hari keempat berturut-turut pada Sabtu.

Sebagai tindak balas kepada kempen sedemikian, tentera Selatan melancarkan siaran propaganda anti-Korea Utara setiap hari melalui pembesar suara di sempadan sejak 21 Julai.

Korea Utara menentang risalah anti-Pyongyang dan kempen pembesar suara kerana bimbang kemasukan maklumat dari luar boleh menimbulkan ancaman kepada rejim Kim Jong-un.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan