DUNIA > BERITA

Xi Perincikan Pendekatan China Kendali Urusan Etnik

30/09/2024 02:53 PM

BEIJING, 30 Sept (Bernama-CMG) -- Menjelang ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China (PRC), Presiden Xi Jinping menyampaikan anugerah kepada kumpulan dan individu yang menyumbang bakti kepada perpaduan dan kemajuan bangsa.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata sejak ditubuhkan lebih 100 tahun lalu, PKC berjaya meneroka jalan bercirikan China untuk mengendalikan urusan etnik.

Menurut beliau, pendekatan itu memberi tumpuan kepada kepentingan asas serta kepentingan keseluruhan bangsa China, dengan menyatukan semua etnik untuk maju bersama.

Prinsip kesamarataan antara semua etnik menjadi pegangan dalam menguruskan hal ehwal berkaitan etnik, manakala pemeliharaan kesatuan negara dan pelaksanaan autonomi etnik merupakan aspek yang disepadukan.

Xi berkata pendekatan berkenaan membantu bangsa China mewujudkan komuniti berkongsi nasib dengan tahap kesedaran lebih tinggi dari segi identiti serta perpaduan.

Dewan Negara China mengadakan majlis ini setiap lima tahun sejak 1988 sebagai menghargai jasa kumpulan dan inividu terhadap perpaduan dan kemajuan bangsa.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan