DUNIA > BERITA

Rakyat Malaysia Di Taiwan Dinasihatkan Siap Sedia Hadapi Taufan Krathon

01/10/2024 09:58 PM

PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan mengenai Taufan Krathon yang dijangka melanda pantai barat daya pada Rabu.

Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran darat dan laut di kawasan selatan dan tenggara Taiwan, manakala hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang.

"Rakyat Malaysia yang berada atau melawat kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Dapatkan maklumat melalui sumber berita yang boleh dipercayai dan patuhi nasihat tempatan mengenai pemindahan, perjalanan dan aktiviti luar," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Kementerian juga menggalakkan rakyat Malaysia di Taiwan yang memerlukan bantuan konsular atau yang belum mendaftar supaya segera menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei di alamat: Tingkat 8, Bangunan Plastik San Ho, No.102, Jalan Dun Hua Utara, Taipei, Taiwan, telefon: +886 2 2713 2626 / +886 910 725 438 dan e-mel: mwtaipei@kln.gov.my.

Kementerian akan terus memantau keadaan dan menyediakan maklumat terkini sekiranya perlu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan