DUNIA > BERITA

Taiwan Dilanda Gempa Bumi 5.5 Magnitud

02/09/2024 09:38 PM

TAIPEI, 2 Sept (Bernama-CNA) -- Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud melanda kawasan pantai di Daerah Hualien, timur Taiwan pada 4.26 petang Isnin, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA), seperti dilaporkan oleh Agensi Berita Pusat (CNA) .

Pusat gempa terletak di laut, 8.5 kilometer (km) tenggara Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 23.9km, berdasarkan data CWA.

Keamatan gempa bumi, yang mengukur kesan sebenar kejadian seismik, adalah tertinggi di Hualien dan sebahagian Nantou, yang mencatatkan 4 pada skala keamatan 7 peringkat Taiwan.

Gempa itu juga mengukur 3 di bahagian Yilan, Taichung dan Changhua, menurut data CWA.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan berikutan gempa itu, yang menurut CWA merupakan gempa susulan daripada gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang menggegarkan kawasan Hualien pada 3 April lepas.

-- BERNAMA-CNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan