DUNIA > BERITA

Pasukan Pengaman PBB Berpusat Di Selatan Lubnan Bunyikan Siren Bahaya Tahap 3

20/10/2024 09:55 PM

ANKARA, 20 Okt (Bernama-Anadolu) -- Siren amaran bahaya tahap 3, yang menandakan risiko teruk, dibunyikan pada Ahad di pusat misi pasukan pengaman PBB (UNIFIL) di bandar Maarakeh, daerah Tyre, selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA).

Menurut NNA, amaran itu dikeluarkan ketika ketegangan di kawasan itu masih tinggi dengan pertempuran dan serangan rentas sempadan masih berterusan antara pasukan Israel dan kumpulan tempatan.

Kakitangan UNIFIL dan penduduk tempatan berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana situasi keselamatan di selatan Lubnan semakin meruncing.

Israel melancarkan kempen udara besar-besaran di Lubnan sejak akhir bulan lepas terhadap sasaran yang didakwa sebagai markas Hizbullah, mengorbankan lebih 1,500 orang dan menyebabkan lebih 1.34 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Pertempuran rentas sempadan antara kedua-dua pihak berlarutan sejak perang Gaza pada Oktober lepas.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan