DUNIA > BERITA

174 Mayat Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Telah Dikenalpasti

31/12/2024 12:03 PM

SEOUL, 31 Dis (Bernama-Xinhua) -- Sebanyak 174 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air telah berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Pengangkutan pada Selasa, lapor Xinhua. 

Dalam taklimat kepada keluarga mangsa, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan memaklumkan bahawa daripada 32 mangsa yang gagal dikenal pasti melalui cap jari, 17 mangsa dikenal pasti menerusi ujian DNA pertama manakala 10 lagi dikenal pasti dalam ujian DNA kedua. 

Bagaimanapun, lima mangsa masih belum dapat dikenal pasti berikutan ketidakpadanan DNA. 

Mayat empat mangsa yang dikenal pasti diserahkan kepada keluarga masing-masing dan upacara pengebumian telah dimulakan, menurut kementerian itu. 

Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan bahawa proses penyerahan kesemua mayat kepada keluarga mangsa mungkin mengambil masa sehingga 10 hari memandangkan keadaan mayat yang kebanyakannya terjejas teruk. 

Pesawat Boeing 737-800 milik Jeju Air itu terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 km di barat daya Seoul. 

Insiden dipercayai berpunca daripada kegagalan gear pendaratan, menyebabkan pesawat mendarat tanpa roda, merempuh dinding luar landasan lalu terbakar.

-- BERNAMA-XINHUA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan