DUNIA > BERITA

Yayasan Beyonce Derma US$2.5 Juta Kepada Mangsa Kebakaran LA

13/01/2025 10:29 PM

WASHINGTON, 13 Jan (Bernama-dpa) -- Bintang Amerika Syarikat (AS) Beyonce, menyumbang US$2.5 juta untuk membantu mereka yang terjejas oleh kebakaran Los Angeles (LA) melalui yayasannya, Beygood, lapor agensi berita Jerman, dpa.

"Los Angeles, kami bersama anda," menurut catatan yayasan itu di Instagram pada lewat Ahad.

Wang itu akan digunakan untuk membantu keluarga yang kehilangan rumah di kawasan Altadena dan Pasadena.

Gereja dan pusat komuniti yang membantu mangsa yang terjejas di kawasan itu juga akan menerima sumbangan.

Kebakaran hutan itu telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan meninggalkan kemusnahan meluas sepanjang minggu lalu. Ahli meteorologi memberi amaran bahawa angin kuat yang dijangka boleh memburukkan lagi kebakaran dalam beberapa hari akan datang.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan