NEW YORK, 24 Sept (Bernama-CMG) -- China menggesa agar tragedi di Gaza segera ditamatkan dan ketegangan di Tebing Barat diredakan serta-merta.
Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Palestin pada Selasa.
Beliau menekankan keperluan membetulkan ketidakadilan sejarah yang dialami rakyat Palestin, di samping memelihara keamanan serta kestabilan di rantau Asia Barat.
Geng turut menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) yang sekali lagi menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi UNSC berhubung Gaza minggu lepas.
Menyentuh mengenai sejumlah negara Barat yang kini secara rasmi mengiktiraf Palestin, beliau berkata masyarakat antarabangsa perlu meneruskan momentum positif ini dengan berusaha mencerahkan prospek "penyelesaian dua negara" serta menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka di samping mempercepatkan keanggotaan penuh Palestin dalam PBB.
Geng menegaskan bahawa China sentiasa menyokong usaha rakyat Palestin untuk memperjuangkan keadilan.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial