EKONOMI > BERITA

PENDAPATAN FELDA MENINGKAT TIGA PERATUS KEPADA RM186 JUTA PADA SUKU PERTAMA 2024

03/07/2024 11:19 PM

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM186 juta pada suku pertama 2024 atau meningkat tiga peratus berbanding suku pertama 2023, kata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. 

Menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendapatan itu merangkumi pendapatan hasil sawit lot Felda, dividen, yuran pengurusan dan lain-lain pendapatan.

Bagaimanapun, perbelanjaan keseluruhan Felda merekodkan sebanyak RM278 juta atau menurun sebanyak 39 peratus pada berbanding suku pertama 2023.

“Jumlah perbelanjaan ini merangkumi perbelanjaan kos operasi ladang, kos pentadbiran, perbelanjaan peneroka, kos kewangan dan juga penjejasan,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, hari ini. 

Beliau menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) yang mahu mengetahui mengenai prestasi kewangan Felda sehingga suku tahun pertama 2024. 

Ahmad Zahid berkata secara keseluruhannya, prestasi kewangan Felda menunjukkan kenaikan memberangsangkan dalam pengurusan kewangan dan operasi organisasi serta pelaksanan strategi yang lebih berkesan dalam mengawal kos dan meningkatkan kecekapan berbanding suku sama tahun lepas. 

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan