BERITA TERGEMPAR   PRK Nenggiri: Jentera PH akan digerakkan bantu kempen calon BN- Fahmi | 
 EKONOMI > BERITA

PROTON TINGKAT PENGELUARAN MODEL X50 2024 PENUHI PERMINTAAN MENGGALAKKAN

19/07/2024 02:04 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Proton Holdings Bhd sedang meningkatkan pengeluaran Proton X50 2024 bagi memenuhi permintaan terhadap model itu yang menggalakkan dan mempercepat jadual penghantaran kepada pelanggan menjelang Ogos 2024.

Proton X50 2024 yang baharu dilancarkan telah menerima sambutan yang menggalakkan, dengan mencatatkan jumlah tempahan sebanyak 8,000 dalam tempoh hanya sebulan sejak pelancarannya pada Jun tahun ini.

"Permintaan yang positif ini jauh melebihi jangkaan kami dan telah menetapkan piawaian baharu untuk segmennya. Semua pelanggan yang layak mendapat promosi early bird diskaun tunai RM7,000 dan sokongan tukar beli RM1,000/RM1,500 akan menerimanya dengan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata bilangan tempahan yang luar biasa pada bulan pertama menunjukkan daya tarikan kukuh Proton X50 2024.

“Kami memahami keterujaan dan jangkaan mengenai Proton X50 2024 dan ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kami sedang melakukan segala yang mungkin untuk memenuhi jangkaan mereka,” katanya.

Sejak pelancarannya pada 2020, Proton X50 telah menjadi SUV terlaris di Malaysia, dengan mencatatkan jualan sebanyak 115,262 unit sehingga Jun.

Sementara itu, sempena sambutan pencapaian lima juta kenderaannya, PROTON turut memperkenalkan pakej promosi untuk model-model lain, seperti diskaun tunai RM500 untuk Proton Saga, RM7,000 untuk Proton X70, dan penyelenggaraan perkhidmatan percuma selama dua tahun untuk Proton X90, katanya.

Proton turut memperkenalkan acara ‘uji pandu dan menang tanpa kewajipan membeli’ yang dinanti-nantikan di bilik pameran Proton di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan