EKONOMI > BERITA

SC Tambah 3 Entiti Tidak Sah, 1 Entiti Berpotensi Klon Ke Dalam Senarai Peringatan Pelabur

19/08/2024 04:42 PM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia telah mengemas kini Senarai Peringatan Pelaburnya dengan memasukkan tiga entiti tidak sah dan satu entiti berpotensi klon.

SC menerusi hantaran di laman X hari ini berkata entiti yang tidak sah itu ialah Minos Markets Ltd, ZFinances dan Akademi Cikgu Syahmi.

Pengawal selia itu juga menggesa pelabur supaya berhati-hati terhadap kemungkinan entiti berpotensi klon yang menyamar sebagai entiti yang sah.

“Satu entiti berpotensi klon yang dipanggil ‘Bursa Malaysia Biz’ telah menyalahgunakan nama dan kelayakan Bursa Malaysia Bhd, syarikat bursa di bawah naungan SC dan Kementerian Kewangan,” katanya.

SC juga menggesa pelabur untuk membuat penilaian teliti sebelum melabur dan mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang rasmi SC di www.sc.com.my/investor-alert.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan