BELANJAWAN 2024 > BERITA

Bukan Hanya Dua Emas, Sarawak Mahu Pamer Kepelbagaian Etnik Dalam Silambam

15/08/2024 03:58 PM

KUCHING, 15 Ogos (Bernama) -- Skuad silambam Sarawak bukan hanya bertekad untuk memenangi sekurang-kurangnya dua pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, tetapi juga berhasrat mempamerkan kepelbagaian etnik yang mewakili Bumi Kenyalang dalam sukan yang berasal dari India itu.

Penaung Persatuan Silambam Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata skuad itu akan dibarisi 18 atlet daripada pelbagai kaum di negeri itu.

“Nantikan pada hari pertandingan, (atlet-atlet) daripada negeri lain kita akan lihat perbezaannya, kita akan lihat keunikan (atlet-atlet) silambam di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Atlet SUKMA 2024 Sarawak di Hikmah Exchange di sini hari ini.

Hikmah Exchange akan menjadi gelanggang silambam untuk SUKMA 2024 dari 20 hingga 22 Ogos ini dengan 14 pingat emas ditawarkan dalam acara sukan itu.

Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak berkata kali terakhir silambam dipertandingkan dalam temasya sukan itu adalah pada 2013 dan berharap pengenalan semula tahun ini dapat menyumbang kepada hasrat Sarawak menjadi juara keseluruhan SUKMA 2024.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan