BELANJAWAN 2024 > BERITA

SUKMA 2024: Pahang Benam Perlis 9-1, Berdepan W. Persekutuan Di Separuh Akhir Hoki Lelaki

20/08/2024 12:40 PM

KUCHING, 20 Ogos (Bernama) -- Juara bertahan Pahang melangkah ke separuh akhir acara hoki lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas membelasah Perlis 9-1 hari ini.

Pada perlawanan suku akhir di Stadium Hoki Negeri Sarawak, Mohamad Nor Syakir Hafiq menjadi penyumbang jaringan tertinggi dengan empat gol (minit ke-10, 15’, 20’ dan 28’), selain sumbangan Muhammad Handzalah Abdul Hadi (14’), Airil Abdul Razak (15’), Muhammad Danish Irfan Muhammad Saufi (38’), Muhammad Atif Aqil Zubir (40’), dan Mohammad Harris Iskandar (42’).

Gol sagu hati Perlis diperoleh menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Irfan Shahrudin pada minit ke-34.

“Syukur alhamdulillah berjaya ke separuh akhir. Sepanjang dua hari rehat saya telah buat analisis dan hari ini pemain dapat ikut perancangan dan nampak cara mereka bermain semakin meningkat.

“Saya tak jangka mereka boleh jaringkan gol yang besar sebab kita datang sini untuk menang sahaja, tapi nampak pemain betul-betul fokus. Saya harap momentum ini dapat dikekalkan pada perlawanan separuh akhir esok,” kata jurulatih Pahang, Mohd Sufian Mohamad.

Pahang akan berdepan Wilayah Persekutuan pada aksi separuh akhir esok selepas pasukan itu mencatatkan kemenangan ke atas Johor 3-2 dalam satu lagi perlawanan suku akhir hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan