BELANJAWAN 2024 > BERITA

Program Melaka Bila Larut Malam Diawalkan Ke 31 Ogos

26/08/2024 03:36 PM

MELAKA, 26 Ogos (Bernama) -- Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bagi September akan diawalkan kepada 31 Ogos ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata program berkenaan dianjakkan ke tarikh berkenaan berikutan cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Selalunya MBLM akan dilaksanakan pada minggu pertama setiap bulan, tapi kali ini kita ambil pendekatan untuk awalkan sedikit sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Saya harap ramai pengunjung dan pelancong akan hadir ke negeri ini untuk meraikan Hari Kebangsaan kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Mengulas mengenai sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri, Ab Rauf berkata ia akan diadakan di Dataran Kemerdekaan berhadapan pusat beli-belah Mahkota Parade.

Ab Rauf berkata sambutan sebelum ini dilaksanakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk menukar lokasi bagi memberi lebih keselesaan kepada pengunjung.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan