BELANJAWAN 2024 > BERITA

AirAsia Lancar Dua Laluan Baharu Ke China Pada Separuh Kedua 2024

27/08/2024 12:47 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu iaitu Pulau Pinang-Shenzhen dan Kota Kinabalu-Shantou, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penerbangan tambang rendah asing terbesar di negara tersebut.

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) akan mengendalikan empat penerbangan mingguan dari Pulau Pinang ke Shenzhen mulai 28 Oktober 2024 manakala penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shantou akan bermula pada 16 November 2024 dengan tiga penerbangan mingguan, katanya dalam satu kenyataan.

“Sempena meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi untuk penerbangan antara Pulau Pinang dan Shenzhen bermula daripada RM329 termasuk semua sehala serta penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shantou dengan tambang bermula dari RM299 termasuk semua sehala, tertakluk kepada terma dan syarat dikenakan.

AirAsia berkata semua penerbangan kini boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini hingga 8 September 2024.

“Tempah penerbangan dari Pulau Pinang ke Shenzhen antara 28 Oktober 2024 hingga 29 Mac 2025 dan dari Kota Kinabalu ke Shantou antara 16 November 2024 hingga 29 Mac 2025, nikmati tambang promosi istimewa ditawarkan pada tempoh berkenaan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan