BELANJAWAN 2024 > BERITA

Mesej Minta Derma Untuk Rakyat Palestin: PM Ingatkan Orang Ramai Agar Waspada - Fahmi

28/08/2024 04:48 PM

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan mesej di media sosial yang kononnya mengutip derma untuk rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Anwar menzahirkan peringatan itu semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. 

"Kerajaan tidak mengutip derma bagi tujuan membantu, membiaya dan menyediakan makanan bagi warga Palestin yang menerima rawatan di Malaysia pada waktu ini," katanya pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi di sini hari ini. 

Beliau berkata orang ramai yang menerima mesej itu dinasihat agar membuat laporan polis atau mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Pada 16 Ogos lepas, dua pesawat Airbus A400M TUDM membawa 41 rakyat Palestin yang cedera dan 86 ahli keluarga mereka selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang, Selangor pada kira-kira 2 petang setelah berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Al Maza di Kaherah, Mesir pada petang 15 Ogos.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan