BELANJAWAN 2024 > BERITA

160,000 Kanak-kanak Gaza Terima Vaksin Polio - Kementerian Kesihatan Palestin

03/09/2024 10:12 PM

RAMALLAH, 3 Sept, (Bernama-WAFA) – Kementerian Kesihatan Palestin berkata kira-kira 160,000 kanak-kanak menerima dos pertama vaksin polio di tengah Semenanjung Gaza pada Ahad dan Isnin, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Kementerian Kesihatan berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa bahawa pasukannya dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberikan vaksin kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.

Ia menunjukkan pemvaksinan akan diteruskan di tengah wilayah itu sehingga petang esok dan akan bermula di Khan  Younis pada pagi Khamis (5 Sept) dan kawasan berhampiran selama empat hari dan akan bermula di Gaza dan utara pada 9 Sept selama empat hari.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan